Sunday, May 1, 2011

gembira=)








hari ni..(1 mei)telah berlansungnya majlis perkahwinan kakak sulung ain anisah..betapa gembiranya hati kami apabila ramai sahabat-sahabat yg hadir...selain meraikan pengantin,kami juga dpt bertemu setelah lame tidak berjumpa..hehe..

x taw la nk jelaskn camne lg betapa gembiranya hati...ce kome tgk jer gmbo kt atas nih..

kpd dak2 laki yg teringin nk gmbo kome diletakkan disini,hanta gmbo anda kpd iss_smksa@yahoo.com...(iskandar zulqarnain)

k la...e2 jer nk citer hari ni...

harap dpt jmpe sume sahabat2 nnti...

SALAM KASIH SAYANG DARI ADMIN PERMATA FINNAJAH

Thursday, February 17, 2011

hati ini...tenteramkah???




10 nasihat menuju ketenteraman hati

1. Jaga Lidahmu.

“Hati itu adalah tempat rahasia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya”.

2. Kebaikan Ilmu.

“Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut”.

3. Bandingan Akal Dan Harta.

“Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat”

4. Bandingan Perkataan.

“Perkataan itu seperti obat jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan”

5. Siarkan Kebaikan Orang.

“Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan”

6. Dunia.

“Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab”

7. Bala Terhebat.

“Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup yaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya”

8. Bergaullah Dengan Baik.

“Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu”

9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa.

“Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya”

10. Sabar.

“Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu”

Monday, January 17, 2011

~aLbErT EiNsTeIN sAiD~


Pada suatu ketika Albert Einstein pernah ditanya oleh seseorang.

"Jika kau bertemu dengan Tuhan apakah yang ingin kau tanyakan?"

Lantas Einstein menjawab

"Jika aku bertemu Tuhan aku ingin bertanyakan bagaimana Tuhan menciptakan alam ini."

Beberapa lama kemudian Einstein kembali menemui orang yang bertanya itu dan berkata:

"Aku ingin membaiki jawabanku."

"Sekiranya aku bertemu tuhan aku ingin bertanya kepada Tuhan kenapa Tuhan menciptakan alam ini. Supaya
aku mengetahui untuk apa aku diciptakan di dunia ini."

Begitulah bagaimana manusia bergelut dengan hati nurani mereka mengapa diciptakan di atas muka bumi ini. Kerana mereka tidak puas mereka diciptakan hanya sekadar untuk makan, minum, tidur, bermain, mencari harta, kemudian mati.

Jauh di sudut hati mereka yang terdalamgan hati nurani mereka untuk memahami kenapa mereka merasakan hidup ini ada misinya, ada tujuannya yang harusmereka tuju.

Jadi beruntunglah kita dihidupkan Allah di dalam nikmat Iman dan Islam. Kita dapat memahami dengan jelas
tujuan hidup kita, tujuan kita diciptakan.Iaitu untuk kita menyembah Allah. Pemilik

Thursday, January 6, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Thursday, December 30, 2010

~AmBiLLaH~

"Ambillah waktu utk berfikir, itu adalah sumber kekuatan,Ambillah waktu utk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, Ambillah waktu utk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,Ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,Ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, Ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga."

~pErSaHaBaTaN~

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

Huraian:

» Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
» Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
» Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...